Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune by mail
Rahsia Psikologi Warna Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.
Cinta adalah perasaan jiwa, getaran hati, pancaran naluri. Dan terpautnya hati org yg mencintai pada pihak yg dicintainya...
Selain daripada aqiqah yang disunatkan pada hari ketujuh itu ialah sunat dicukur keseluruhan rambut anak yang diaqiqahkan...
Pengalaman mengandung sulung bagi sesetengah ibu amat menyeronokkan dan bagi sesetengah ibu yang lain pula...

ETIKA HISBAH

Etika Hisbah merupakan suatu akta pelaksanaan gerak kerja berdasarkan "Amar Makruf Nahi Mungkar" yang diperintahkan oleh Allah S.W.T
ETIKA HISBAH

DESAK JPMK

DESAK ditubuhkan bagi mendesak pihak JPMK menarik balik kenyataan memburukkan PMRAM dikacamata pembesar Al Azhar....
DESAK JPMK

Muqarrar Al-Quran

INFO PMRAM
Untuk pengetahuan semua Pihak Al-Azhar telah melakukan perubahan di dalam sistem pendidikan mereka apabila telah mengambil keputusan untuk menurunkan Muqarar Al-Quran dari dua juzuk setahun kepada satu juzuk setahun....
Wednesday, March 25, 2009 Read the full story

HISBAH

HISBAH DPMM
Sesungguhnya pengutusan para Nabi-nabi dan Rasul-rasul oleh Allah adalah antara lainnya untuk ditaklifkan ke atas mereka tugas dan tanggungjawab menegakkan yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran, maka menjadi tanggungjawab yang besar....
Thursday, Sept 25, 2008 Read the full story

AQIQAH

Hukum-Hakam
Selain daripada aqiqah yang disunatkan pada hari ketujuh itu ialah sunat dicukur keseluruhan rambut anak yang diaqiqahkan sama ada anak itu lelaki ataupun perempuan. Menurut pendapat yang ashah, sunat mencukur rambut anak itu selepas menyembelih binatang aqiqah. (Al-Majmu‘: 8/324-325)
Sunday, June 22, 2008 Read the full story

SEGMEN KHAS

SEGMEN KHAS
Insyaallah, untuk bulan ini pihak pengurusan UBMM Blogspot Dot Com akan menampilkan satu segmen khas yang akan membincangkan tentang topik-topik penting khususnya buat ibu-ibu yang sedang hamil dan seterusnya yang baru melahirkan anak.....
Monday, April 06, 2009 Read the full story

MAKLUMAN SEMASA

SALAM BUAT SEMUA...
Mohon Maaf buat semua pengunjung Laman Unit Bait Muslim Mansurah(UBMM).
Pihak UBMM sekarang sedang dalam proses pertukaran Jawatankuasa Kerja. Setelah proses ini selesai, dan mesyuarat pertama dilakukan, pihak kami akan memulakan gerak kerja mengemaskini laman ini.
Harap Maklum
Maaf Atas Segala Kesulitan

Admin UBMM

MSD didakwa gagal program pelajar M'sia di Mesir

Monday, November 16, 2009 Reporter: Bait Muslim UnitY 0 Responses
Sumber: Malaysiakini.com

Dewan Pemuda PAS (DPP) pusat membantah tindakan Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) Kaherah yang didakwa telah menggagalkan program pembacaan hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Arab Mesir (PMRAM) yang sepatutnya berlangsung di Pusat Persidangan Al Azhar (ACC) bulan lalu.

Nasrudin mendakwa, pengarah MSD Kaherah, Prof Dr Jamil Hashim telah menghantar surat kepada Syeikhul Al Azhar meminta program itu dibatalkan pada saat-saat akhir.

"Apa yang paling malang, alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah ejen parti pembangkang Malaysia," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Program itu dijadual diadakan pada 16 hingga 19 Oktober di pusat tersebut yang mampu menampung sekitar 700 peserta.

Ekoran itu, katanya, program itu terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5, Dewan Rumah Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta yang antaranya terpaksa mengikut program itu di tangga dan kaki lima bangunan tersebut.

Nasruddin berkata, majlis perasmian program tersebut oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Jumuah, terpaksa diadakan di sebuah gelanggang bola keranjang di situ.

Katanya, selain mufti Mesir, antara ulama hadis yang dijemput berucap ialah Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani, Syeikh Jamal Farouk, Syeikh toha Dusuqi di Hubaisy, Syeikh Dr Yusri Rushdi Saiyyid al Hassani, syaikh Ahmad Hajain, Syeikh Dr Da'ad Jawish, Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober dan Syeikh Usamah Mahmud al Azhari.

Nasrudin menyifatkan tindakan MSD itu sebagai taktik usang untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan.

Beliau juga mempersoalkan hak MSD untuk menganggu aktiviti PMRAM sedangkan ia sebuah badan kebajikan yang sah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir.

Berikutan tindakan MSD itu, katanya, mahasiswa Universiti Al Azhar telah menubuhkan jawatankuasa khas, DESAK, untuk menuntut MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM.

Mereka juga menuntut supaya Prof Dr Jamil dipanggil balik dan ditukar kerana didakwa gagal memainkan peranannya sebagai pengarah MSD yang sepatutnya membantu mahasiswa danbukannya "menghalang mereka menuntut ilmu".

"Paling ringan, Dewan Pemuda PAS mendesak supaya Prof Dr Jamil diberi amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa," katanya.

Nasrudin berkata, menuduh PMRAm sebagai ejen parti pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi juga menggangu emosi mahasiswa di Mesir.

Malah, dakwanya, ia bukan perkara baru kerana sejak 1991, PMRAM sering diganggu oleh MSD dengan dituduh sebagai ejen pembangkang tanpa sebarang bukti.

Berita Selanjutnya...

PEMAKANAN: Bekalan Makanan Sihat Untuk Kanak-Kanak Sekolah

Sunday, August 23, 2009 Reporter: Bait Muslim UnitY 0 Responses
Kanak-kanak menghabiskan tempoh masa yang lama di sekolah. Lazimnya, satu pertiga daripada keperluan nutrien harian akan dimakan di sekolah. Ini bermakna pengambilan makanan di sekolah penting untuk memenuhi keperluan harian kanak-kanak sekolah. Ia juga memberi kesan kepada tahap tenaga dan daya tumpuan kepada pelajaran serta mempengaruhi tabiat makan dan tumbesaran..

Seorang ibu yang sibuk boleh mengimbangkan antara pemakanan sihat dengan makanan yang menarik untuk anak dengan menyediakan bekalan yang mengandungi lima jenis makanan utama seperti berikut:

1. Hidangan utama (bagi kanak-kanak yang makan tengahari di sekolah atau tidak sempat bersarapan)

Sandwich Sihat
* Sandwich adalah popular kerana ia mudah dimakan dan disediakan.
* Pilih roti penuh bijirin kerana ia mengandungi lebih serat, makanan lebih sihat dan tidak mudah kembang. Dengan menyapukan sedikit majerin atau dialas dengan daun salad akan mengurangkan kelembapan roti.
* Lapiskan sandwich dengan isi yang digemari oleh anak seperti ikan tuna atau sardin, keju, isi ayam yang dipanggang atau telur rebus yang dilecek dengan sedikit mayonis.
* Tambahkan sedikit sayur seperti timun, salad atau lobak.

Nasi atau mee goreng
* Selain daripada sandwich, makanan utama yang mudah dibawa ke sekolah ialah nasi atau mee/meehoon/pasta goreng. Ia lazat dan digemari oleh kanak-kanak.
* Tambahkan lebih sayur, telur, ayam atau daging dalam nasi atau mee goreng untuk menjadikan ia seimbang. Kurangkan penggunaan minyak berlebihan untuk menumis.
* Hidangan panas mudah menjadi basi. Pastikan hidangan tidak dimasak terlalu awal. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan dalam bekas bekalan. Gunakan bahan mentah yang segar dan bagi membuat nasi goreng, pastikan nasi putih yang dimasak telah disimpan di dalam peti sejuk atau baru dimasak.

2. Buah dan sayur

Bekalkan juga buah segar seperi pisang, jambu, epal, lai atau limau. Ada kanak-kanak yang gemar sayur segar seperti lobak merah, timun dan sengkuang.

3. Susu

Minuman susu dalam kotak samada susu biasa atau berperisa harus menjadi bahan tetap yang dibekalkan ke sekolah. Ia mengandungi kalsium dan protein yang diperlukan oleh kanak-kanak. Pastikan bekalan susu dikendalikan dengan sempurna. Selepas minum, lebihan susu hendaklah dibuang untuk mengelak keracunan makanan.

4. Snek berkhasiat untuk masa rehat

Snek ringan juga adalah penting, terutama bagi waktu rehat. Bekalkan biskut, kek, sandwich atau kuih tempatan yang berkhasiat serta buah-buahan. Kurangkan pilihan snek yang manis, masin dan berlemak.

5. Air kosong
* Air kosong adalah minuman yang paling sesuai untuk kanak-kanak sekolah.
* Minuman kordial dan air bergas mengandungi gula yang tinggi dan boleh mengurangkan selera dan menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat jika diminum terlalu kerap.
* Bekalkan air sejuk atau air yang dibekukan dalam bekas air yang dibungkus. Ia dapat mengekalkan suhu sejuk dan lebih digemari.

Bekalkan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada makanan utama seperti sandwic atau nasi/mee goreng, buah, susu, snek ringan untuk masa rehat dan air kosong setiap hari untuk memastikan anak mendapat pemakanan yang seimbang di sekolah. Bagi anak yang susah makan, ajak dia sama-sama memilih atau menyediakan bekalan makanan. Ini mungkin dapat membantu membuka seleranya.

Berita Selanjutnya...

PEMAKANAN:Memilih Makanan Sihat Untuk Kanak-kanak Sekolah

Thursday, August 13, 2009 Reporter: Bait Muslim UnitY 0 Responses
Sebagai ibu bapa yang prihatin dan mahukan anak-anak berjaya dalam kehidupan, anda perlulah melabur dalam kesihatan mereka. Berusahalah untuk memberi makanan yang pelbagai, seimbang dan berkhasiat agar anak-anak yang sedang bersekolah dapat membesar dan kekal sihat.

Pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di kalangan kanak-kanak sekolah. Berikut adalah panduan am untuk membantu anda memilih makanan sihat untuk anak-anak agar mereka dapat makan secara sihat dan belajar menikmati makanan berkhasiat:

1. Gunakan maklumat yang positif

Beritahu anak-anak bahawa semua makanan boleh memenuhi keperluan pemakanan yang sihat. Tidak ada makanan yang baik atau tidak baik. Kunci utama pemakanan sihat ialah pilihan dan pengambilan makanan secara sederhana. Ajar mereka mengenai pemakanan yang baik dengan cara yang mudah seperti Yogurt dan susu boleh membantu perkembangan tulang yang kuat atau lobak merah membantu anda melihat dalam keadaan yang gelap.

2. Tumpukan kepada pemilihan makanan yang kaya dengan nutrien

Sentiasa galakkan anak anda untuk memilih makanan yang kaya dengan nutrien di kantin sekolah. Ajar mereka untuk sentiasa memilih makanan seperti:

* Buah-buahan berwarna terang sebagai snek berbanding gula-gula.
* Sayur-sayuran beraneka warna.
* Makanan yang diperkaya dengan nutrien, bijirin penuh dan yang tinggi serat.
* Minuman bersusu berbanding minuman kordial.
* Hidangan yang kurang berminyak dan bergula.
* Hidangan yang mengandungi produk kekacang seperti tempe dan tauhu selain ayam, daging dan ikan.

Anda juga boleh bekalkan mereka makanan yang berkhasiat disediakan di rumah. Sekiranya ada majlis-majlis di sekolah yang perlukan sumbangan makanan, bekalkan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan potong yang digaulkan dengan jus lemon dan sebagainya.

3. Tetapkan peraturan makanan keluarga

Kanak-kanak lebih mudah memilih makanan sekiranya mereka tahu peraturan pemakanan keluarga. Contohnya, setiap ahli keluarga wajib bersarapan pagi setiap hari, susu ialah minuman pilihan selepas makan malam atau snek di sekolah perlulah daripada 5 kumpulan makanan dalam piramid makanan dan yang kurang minyak, garam dan gula.

Tetapkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi apabila makan di luar, seperti memesan air buah-buahan atau air kosong.

4. Jadi contoh yang baik

Kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan orang yang rapat dengan mereka. Sebagai ibu bapa, pemilihan makanan yang anda buat akan mempengaruhi anak-anak. Jika anda memilih makanan yang sihat, anak-anak juga akan mencontohi anda.

Selain menunjukkan contoh tabiat makan yang sihat, bincang dengan anak-anak tentang Panduan Piramid Makanan dan pelbagai sajian makanan lazat yang boleh dinikmati.

5. Masak bersama

Kanak-kanak lebih teruja dan berminat untuk mengambil makanan sihat apabila mereka diberi peluang untuk menyediakan makanan. Libatkan mereka semasa menyediakan hidangan. Benarkan mereka menambah apa yang mereka gemar dalam makanan mengikut kreativiti mereka. Adakan sesi permainan masak-memasak bersama kawan-kawan mereka atau pergi ke kelas masakan bersama mereka.

6. Membeli makanan bersama

Libatkan anak-anak semasa membeli belah atau ajak mereka sama-sama menanam sayur atau buah di kebun, sekiranya ada. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien. Bantu anak memilih satu atau dua bungkusan makanan snek kegemaran mereka yang kaya dengan nutrien untuk dibawa ke sekolah.


Sumber Rasmi Kementerian Kesihatan, MALAYSIA.

Berita Selanjutnya...

PEMAKANAN:Merancang Menu Sihat Untuk Kanak-kanak Sekolah

Thursday, August 13, 2009 Reporter: Bait Muslim UnitY 0 Responses
Pengenalan

Masa makan adalah masa untuk anak anda beristirehat bersama keluarga dan menikmati hidangan selepas sehari suntuk di sekolah. Ia adalah waktu yang sesuai untuk ibu bapa meluangkan masa dan berinteraksi dengan anak. Hidangan yang disediakan di rumah adalah lebih berkhasiat dan menjimatkan masa serta perbelanjaan jika ibu bapa bijak merancang menu. Merancang menu adalah mudah and tidak mengambil masa yang lama jika anda membuat persediaan awal dan teratur.

Mengapa perancangan menu sihat penting untuk kanak-kanak sekolah?

* Untuk membekalkan makanan dan snek yang sihat pada waktu yang bersesuaian sepanjang hari.
* Memastikan kepelbagaian dalam setiap sajian agar anak mendapat makanan yang seimbang.
* Untuk mengurangkan pilihan makanan berulang.
* Membuat perancangan awal bahan yang diperlukan bagi mengelakkan daripada membeli di saat akhir atau dalam keadaan yang tergesa-gesa.
* Untuk menjimatkan masa. Dengan merujuk kepada menu yang dirancang, anda boleh mengutamakan makanan yang boleh disedia awal.

Panduan am untuk merancang makanan sihat bersama keluarga

Adalah penting untuk merancang menu yang sihat dan digemari oleh kanak-kanak. Berikut adalah panduan untuk merancang menu untuk anak:

* Anda perlu rancangan bagi 3 menu hidangan utama dan 2 menu snek untuk sehari untuk memastikan anak mendapat makanan yang secukupnya. Rancang menu hidangan utama dan snek untuk jangka masa seminggu

* Menu hidangan utama dan snek perlu merangkumi makanan daripada setiap 5 kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia. Jika terdapat kumpulan makanan yang tidak dimasukkan dalam menu hidangan utama, ia boleh dimasukkan dalam menu snek. Sebagai contoh, buah dimasukkan dalam menu snek.

* Waktu makan juga perlu dirancang untuk mengambil kira waktu anak akan ke sekolah dan balik dari sekolah. Apabila hendak ke sekolah, berikan cukup masa untuk anak menghabiskan hidangan dan jangan tergesa-gesa. Lazimnya, anak pasti letih apabila pulang dari sekolah. Hidangkan makanan utama selepas anak berehat sebentar.

Tips merancang menu sihat untuk waktu makanan utama

* Pastikan hidangan utama terdiri daripada 5 kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
* Pilih hidangan daripada produk bijirin penuh (contoh: campurkan beras perang dengan beras putih)
* Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan utama. (contoh : tomato dalam ayam masak merah)
* Tambahkan satu sajian makanan dari kumpulan ikan, ayam,daging atau telur dengan makanan alternatif seperti kacang panggang, kacang peas, dal atau tauhu. Contohnya, campurkan kacang peas dalam resepi ayam masak kicap atau campurkan tempe dalam sambal ikan bilis.

Tips merancang menu sihat untuk makanan snek

* Masukkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan makanan yang berlainan dalam setiap sajian snek.
* Pilih snek berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti bijirin penuh, susu, keju dan dadih.
* Kurangkan snek yang terlalu manis dan melekit seperti gula-gula yang boleh melekat pada gigi kanak-kanak yang boleh menyebabkan karies gigi.

Senarai semak plan perancangan menu sihat

Guna senarai semak berikut untuk memastikan menu yang anda rancang adalah lengkap:

* Adakah anak anda mendapat pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam setiap hari?
* Adakah dia mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan?
* Adakah dia meminum susu dan air kosong setiap hari?
* Adakah anda berusaha untuk menyediakan hidangan dengan cara memasak yang berbeza setiap hari?
* Adakah terdapat ulangan hidangan dan jenis makanan yang terlalu kerap?. Contohnya ayam goreng 5 kali seminggu.
* Adakah sajian anda tinggi nilai khasiatnya?


sumber: Kementerian Kesihatan, MALAYSIA

Berita Selanjutnya...

PEMAKANAN: Garis Panduan Pemakanan bagi Kanak-kanak Berlebihan Berat Badan

Wednesday, July 15, 2009 Reporter: Bait Muslim UnitY 0 Responses
Pengenalan

Kanak-kanak yang berlebihan berat badan berkemungkinan besar menjadi remaja dan dewasa yang berlebihan juga berat badan dan seterusnya cenderung kepada masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, strok dan beberapa jenis penyakit kanser.

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami berat badan berlebihan?

* Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi menggambarkan status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan seseorang kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.

* Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.

* Pakar perubatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada kanak-kanak tersebut berada dalam lingkungan berat badan yang sihat.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak dengan berat badan berlebihan?
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan berlebihan berat badan. Ini termasuk :

1. Faktor genetik memainkan peranan dalam memungkinkan seorang anak lebih cenderung dengan masalah berat berlebihan, tetapi amalan sekeluarga seperti tabiat makan dan aktiviti juga mempengaruhi berat badan.

2. Kurangnya aktiviti fizikal.

3. Corak pemakanan yang tidak sihat atau kombinasi faktor-faktor ini.

4. Masalah kesihatan seperti kalenjar endokrin yang tidak sempurna memungkinkan seorang anak mengalami berat badan berlebihan. Doktor anda boleh melakukan ujian fizikal yang rapi dan ujian darah, sekiranya perlu, untuk mengenal pasti penyebab.

Bagaimana saya boleh membantu anak saya yang mengalami berat badan berlebihan?
1. Berikan sokongan
* Beritahu anak anda supaya jangan terlalu bimbang tentang berat badannya. Tanggapan ibu bapa terhadap anak-anak turut mempengaruhi perasaan mereka. Jadi, jika anda menerima berat badan anak anda, mereka lebih cenderung untuk rasa begitu terhadap diri sendiri.

* Berbincang mengenai berat badan dengan anak-anak bagi menggalakkan mereka berkongsi masalah mereka. Anak anda mungkin lebih mengetahui mengenai masalahnya berbanding orang lain. Oleh itu, kanak-kanak seumpama ini memerlukan sokongan, dorongan daripada ibu bapa mereka.

2. Perhatian keluarga
* Ibu bapa harus menerima anak mereka seadanya, tetapi pada masa yang sama cuba mengubah aktiviti fizikal serta tabiat pemakanan keluarga secara beransur. Penglibatan keluarga dapat membantu menerapkan amalan sihat kepada semua tanpa memberi tumpuan kepada anak yang berlebihan berat badan.

3. Tingkatkan aktiviti fizikal keluarga
* Aktiviti fizikal yang kerap beserta tabiat makan yang sihat adalah cara yang paling berkesan dan sihat untuk mengawal berat badan. Ia adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup yang sihat. Ia bukan bertujuan untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai satu bebanan tetapi ambil peluang untuk anda sekeluarga menjadi lebih aktif.

* Berikut adalah beberapa cara mudah untuk meningkatkan aktiviti fizikal keluarga :
-Jadikan diri anda sebagai contoh kepada anak anda. Jika anak anda lihat anda aktif secara fizikal dan seronok melakukannya, mereka juga cenderung untuk menjadi begitu dan sentiasa aktif sepanjang hayat.
-Rancang aktiviti keluarga yang memberi peluang untuk senaman serta berseronok seperti berjalan, menari, berbasikal atau berenang. Contohnya, rancangkan aktiviti berjalan bersama keluarga sesudah makan malam berbanding menonton tv. Pastikan anda merancang aktiviti yang mampu dilakukan dalam persekitaran yang selamat.
-Peka terhadap keperluan anak anda. Anak yang berlebihan berat badan mungkin tidak selesa melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti. Adalah mustahak bagi membantu anak anda memilih aktiviti fizikal yang mereka gemari dan bukannya terlalu sukar atau mengaibkan.
-Kurangkan masa anda dan keluarga anda dalam aktiviti-aktiviti yang kurang aktif seperti menonton tv atau bermain permainan video.
-Jadi lebih aktif sepanjang hari dan galakkan keluarga anda untuk berbuat sedemikian. Contohnya, menaiki tangga berbanding menggunakan lif atau melakukan aktiviti semasa cuti seperti bangun dan regangkan badan atau berjalan-jalan.

4. Terapkan tabiat pemakanan sihat ke dalam keluarga
* Amalan pemakanan sihat yang diterapkan awal mampu membantu kanak-kanak memahami bahawa makanan harus digemari penting untuk kesihatan.

* Tingkatkan pengetahuan mengenai pemakanan untuk kanak-kanak dengan membaca atau berbincang dengan pakar kesihatan.

* Piramid Makanan Malaysia adalah sumber rujukan diet yang amat berguna bagi masyarakat Malaysia berumur 2 tahun ke atas. Ia juga merupakan panduan tentang kepentingan keseimbangan antara kumpulan-kumpulan makanan di dalam amalan pemakanan harian.

* Beri anak anda pilihan makanan yang sihat.

Apakah cara untuk membantu anak saya yang berlebihan berat badan?
1. Pengambilan yang dihadkan
* Kanak-kanak tidak patut dihadkan pengambilan makanannya bagi menurunkan berat badan melainkan atas penyeliaan pegawai perubatan. Adalah berbahaya sekiranya pemakanan mereka dihadkan kerana ia mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran mereka.

* Bagi menyokong tumbesaran yang baik dan mencegah berlebihan berat badan, pertambahan berat badan, ibu bapa harus memberi sumber makanan yang pelbagai berdasarkan kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.

* Sebahagian besar makanan dalam diet harian anda harus datang daripada kumpulan bijirin.

* Kumpulan susu serta daging dan kacang panjang harus diambil dengan sederhana.

* Makanan yang tinggi lemak dan gula harus diambil dengan sedikit.

* Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun.

Berbincang dengan pakar pemakanan sekiranya anda kurang pasti tentang cara untuk memilih dan menyediakan pelbagai makanan untuk keluarga, berbincang dengan pakar pemakanan.

2. Kurangkan jumlah lemak di dalam diet keluarga dengan berhati-hati
* Mengurangkan lemak adalah cara yang baik bagi mengawal kalori anak anda tanpa menghadkan nutrien lain. Cara mudah untuk mengurangkan lemak di dalam diet keluarga anda termasuklah menghadkan makanan atau hidangan bergoreng, menyediakan ayam tanpa kulit dan menggunakan daging tanpa lemak di dalam hidangan. Bijirin dan roti rendah atau tanpa lemak juga adalah pilihan yang baik.

* Lakukan perubahan kecil dalam jumlah lemak dalam diet keluarga. Walau bagaimanapun perubahan yang besar harus di bawah penyeliaan pakar pemakanan.

* Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun. Dari umur 2 tahun sehingga 5 tahun, kanak-kanak harus mengamalkan diet yang mengandungi tidak lebih 30 peratus kalori daripada lemak.

3. Jangan terlalu menghadkan gula-gula atau manisan
* Makanan yang mengandungi lemak, garam dan gula harus dimakan dengan sederhana.

4. Bantu keluarga membuat pilihan makanan dan bukan mengarah
* Sediakan pelbagai pilihan makanan di rumah. Ini akan membantu anak anda belajar bagaimana membuat pilihan yang sihat.

5. Galakkan anak anda makan secara perlahan
* Seorang kanak-kanak boleh merasa lapar dan kenyang apabila makan secara perlahan.

6. Makan bersama keluarga seberapa kerap yang boleh
* Jadikan waktu makan masa yang seronok dengan berbual dan saling berkongsi, bukannya masa untuk berbalah. Jika waktu makan tidak disenangi, anak-anak akan makan dengan cepat untuk beredar secepat mungkin. Mereka akan kaitkan waktu makan dengan tekanan.

7. Libatkan anak-anak ketika membeli dan menyediakan makanan
* Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini, ibu bapa dapat mengetahui makanan kegemaran anak-anak, mengajar tentang pemakanan dan membuat mereka rasa berjaya. Tambahan pula, anak-anak lebih suka makan makanan yang mereka sediakan sendiri.

8. Rancang waktu snek
* Memakan snek secara berterusan boleh menyebabkan makan secara berlebihan. Walau bagaimanapun snek yang berjadual boleh dijadikan sebahagian daripada diet yang berkhasiat tanpa mengganggu selera makan anak.

* Sediakan snek yang berkhasiat tanpa menghadkan snek seperti kentang goreng atau biskut sekali sekala terutamanya di parti-parti atau aktiviti sosial lain.

9. Tidak menggalakkan makan snek ketika menonton tv
* Sukar untuk berasa kenyang jika makan sambil menonton tv. Ini boleh menyebabkan makanan secara berlebihan.

10. Jangan jadikan makanan sebagai hukuman atau ganjaran kepada anak anda
* Tidak memberi makan sebagai satu hukuman boleh menyebabkan kanak-kanak berasa risau yang dia tidak akan mendapat makanan secukupnya. Contohnya, dengan memberitahu kanak-kanak yang mereka akan mendapat sajian pencuci mulut jika mereka menghabiskan kesemua sayuran ialah memberi gambaran yang salah mengenai sayur-sayuran.

11. Pastikan makanan yang dimakan di luar rumah adalah seimbang
* Sediakan bekalan sekolah yang pelbagai pilihan
* Pilih hidangan yang sihat dan berkhasiat ketika makan di restoran

12. Tunjukkan teladan yang baik
* Tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak anda dengan menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk keluarga.

* Dengan menjadi lebih aktif dapat mengajar anak-anak gaya hidup yang sihat yang mereka boleh contohi sepanjang hayat. Kanak-kanak belajar dengan lebih cepat dan baik melalui teladan.

ihsan: http://www.myhealth.gov.my

Berita Selanjutnya...

Konvensyen PMRAM 2009 22 Julai Ini

Monday, July 13, 2009 Reporter: Bait Muslim UnitY 0 Responses
Berikutan dengan kenaikan pimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) selepas Muktamar Sanawi PMRAM MAc lalu, PMRAM akan menganjurkan Konevensyen PMRAM 2009 yang akan diadakan pada 22 Julai 2009, bertempat di Dewan Abdullah Kamil, Universiti Al-Azhar, Hayyu Sadis dan bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 3 petang.

Majlis tersebut akan membentangkan tentang hala tuju dan pembawakan PMRAM bagi tahun pentadbiran 2009. Bagi mereka yang mahu mendaftar, bolehlah mendaftar kepada Setiausaha di setiap BKAN dan DPM masing-masing untuk melibatkna diri sebagai perwakilan.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah merujuk pada iklan di ruangan muat turun untuk lebih mengetahui tentang maklumat yang berkaitan dengan program tersebut ataupun bolehlah menghubungai kepada Pengarah Konvensyen PMRAM 2009, saudara Muhammad Abdul MAlik bin Abdul Karim di talian +20108726467.


Berita Selanjutnya...

PEMAKANAN: Garis Panduan Pemakanan Bagi Kanak-Kanak Yang Kekurangan Berat Badan

Monday, July 06, 2009 Reporter: Bait Muslim UnitY 0 Responses


Pengenalan

Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semulajadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semulajadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami kekurangan berat badan?

* Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.

* Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.

* Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan samada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.
Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?

* Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.

* Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.

* Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk:

1. Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.
2. Penyakit seperti jangkitan cacing.
3. Tekanan.
4. Senaman yang berlebihan
5. Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.
6. Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan?

Jika doktor menyarankan pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:

1. Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.

2. Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.

3. Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.

4. Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.

5. Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.

6. Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.

7. Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.

Apakah yang patut anak saya makan?

Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin.

Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:

Nasi / bubur = Ditambah ayam / daging / minyak / marjerin

Roti = Ditambah marjerin / mentega kacang / keju

Biskut kraker = Ditambah marjerin / mentega kacang / keju

Susu = Ditambah serbuk coklat / aiskrim

Telur = Ditambah susu / minyak / marjerin / keju

Kentang – dilenyek / dibakar = Ditambah susu /minyak / marjerin
Berapa banyakkah harus anak saya makan?

1. Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa dia makan.

2. Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari.

3. Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti kismis), lobak merah dan kacang.

4. Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakkan walaupun terdapat sedikit perubahan. Anda perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan bersabar.
Bagaimana saya boleh bantu anak saya rasa positif tentang imej dirinya?

* Perlu diingat bahawa setiap anak adalah unik dan begitu juga bentuk badannya. Kanak-kanak berbeza dari segi saiz, bentuk dan ketinggian. Mereka juga membesar pada kadar berbeza. Walau bagaimanapun, yang penting, anak anda sihat.

* Jangan timbang anak anda terlalu kerap. Rumah sepatutnya tempat yang selesa dan tidak rasa terasing oleh kanak-kanak. Doktor mungkin mengesyorkan lawatan ke klinik yang kerap untuk memantau perkembangan anak anda. Gunakan kesempatan ini untuk memperoleh maklumat mengenai berat badan anak anda. Selain itu, tumpukan perbincangan mengenai berat badan.

* Berat badan sihat adalah berat yang boleh dikekalkan secara sihat dengan memastikan kanak-kanak cukup zat, aktif dan mempunyai perasaan yang positf terhadap tubuh badan dan saiz mereka.

Contoh menu
Hidangan Nasi Tomato (Hidangan 4 orang)

Bahan-bahan
90g (1/2 cawan) beras
1 sudu makan marjerin
30ml (2 sudu makan) puri tomato
125ml (1/2 cawan) jus tomato
125ml (1/2 cawan) air
5g (1/2 sudu makan) minyak sayuran
10g (2 ulas) bawang putih, ditumbuk
10g (2 cm) halia, dihancurkan
60g (1 biji) bawang besar, dihiris
100g (2 biji) tomato, dipotong dadu
125g (1/2 cawan) daging yang empuk ( contoh: striploin), dihiris nipis
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak
1. Di dalam periuk nasi elektrik, tanakkan beras bersama puri tomato, ¼ jus tomato dan air. Tambah 1 sudu makan marjerin.
2. Sementara itu, tumis bawang putih, halia dan bawang besar dalam kuali berasingan. Masukkan tomato yang dipotong dadu serta baki jus tomato. Tambah hirisan daging dan masak hingga empuk. Tambah lebih air, jika perlu. (Untuk kanak-kanak kecil, gunakan daging cincang atau ayam)
3. Tutup api dan letakkan berasingan.
4. Sendukkan nasi ke dalam acuan jeli berbentuk bulat. Buat satu lekuk di tengah-tengah nasi dan letakkan daging yang telah ditumis ke dalam lekuk tersebut.
5. Terlungkupkan nasi tomato beserta daging ke atas pinggan dan hidangkan.

Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) : 173.0
Protein (g) : 10.0
Zat Besi (mg) : 3.5
Lemak (g) : 2.0
Kalsium (mg) : 25.01 - 3 Tahun

Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-Kanak Berusia 1 - 3 Tahun

Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
1 keping roti bakar
2 sudu kecil marjerin

Minum Pagi
½ potong betik
2 keping biskut
1 gelas minuman bersusu
Makan Malam
1 cawan mi goreng (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
½ cawan sayur
1 gelas air kosong
½ potong betik
Makan Tengahari
1 cawan nasi (tambah 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
1 ekor ikan kembong
1 cawan sayur bayam
1 gelas air kosong
1 biji pisang

Makan Lewat Malam
1 gelas susu (penuh krim)

Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-Kanak Berusia 4 – 6 Tahun

Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
1/ 2 cawan nasi goreng (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
½ cawan sayur
1 telur goreng

Minum Petang
1 ketul karipap
1 keping roti
1 gelas minuman bersusu

Minum Pagi
2 keping biskut kraker
1 sudu makan marjerin
1 gelas minuman bersusu
Makan Malam
1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
1 cawan sayur
1 gelas air kosong
1 biji epal

Makan Tengahari
1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
½ ekor ikan bersaiz sederhana
1 cawan sayur
1 gelas air kosong
1 biji pisang


Sumber Rujukan
* The Total Child * Healthy Food for Babies & Toddlers, Patsy Westcott * Healthy Foods, Healthy Kids, Elizabeth M.Ward., R.D * Modul Pemakanan, IKU 1992

ihsan: http://www.myhealth.gov.my

Berita Selanjutnya...

PEMAKANAN:RESIPI MAKANAN PELENGKAP

Tuesday, June 23, 2009 Reporter: Bait Muslim UnitY 0 Responses
RESIPI MAKANAN PELENGKAP

Bubur Nasi Pelangi (Hidangan 10 orang)
Bubur Oat Dengan Buah
Bubur Nasi Bersama Ayam Cincang dan Lobak Merah
Mi Ikan


Bubur Nasi Pelangi

(Hidangan 10 orang)
Bahan-bahan
195g beras wangi, dibasuh dan ditoskan
3l air
2 keping dada ayam
1 biji bawang bersaiz sederhana (potong 8 ala wedges)
1 cm halia, dihiris
1 biji lobak merah bersaiz kecil, diparut
50g kacang buncis, dihiris
1 biji kentang bersaiz kecil, diparut

Cara memasak

1. Didihkan 3 cawan air. Masukkan halia, bawang dan ayam. Masak selama 10 – 15 minit. Asingkan ayam dari stok dan buang kulit, tulang serta siat isi ayam.
2. Masukkan semula tulang ayam ke dalam stok. Tambahkan 10 cawan air ke dalam stok.
3. Masukkan beras ke dalam stok ayam dan masak dengan api perlahan sehingga menjadi bubur. Asingkan tulang ayam dan bawang dari bubur.
4. Campurkan ayam dan sayur. Masak selama 10 – 15 minit.

Bagi bayi yang berumur 6 – 8 bulan, resipi ini boleh dihidangkan selepas dilenyek. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, bubur tidak perlu dilenyek dan boleh dimakan terus.

Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) 180
Protein (g) 8
Lemak (g) 3
Zat Besi (mg) 1.2
Kalsium (mg) 18

Bubur Oat Dengan Buah
(Hidangan 2 orang)

Bahan-bahan
15g oat
100ml susu perahan atau susu
10g pisang, epal, mangga atau betik segar – dilenyek
100ml air

Cara memasak
1. Masak oat menggunakan ½ cawan air.
2. Apabila campuran mula mendidih, perlahankan api dan renehkan sehingga likat dan lembut.
3. Tambahkan susu, masak selama seminit.
4. Padamkan api dan biarkan sejuk.
5. Campurkan buah sebelum dihidang.

Resipi ini sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak.

Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) 181.0
Protein (g) 8.3
Lemak (g) 1.5
Zat Besi (mg) 3.8
Kalsium (mg) 225.0


Bubur Nasi Bersama Ayam Cincang dan Lobak Merah (Hidangan 2 orang)

Bahan-bahan
10g beras
6g daging ayam – dicincang halus
10g lobak merah – dipotong dadu dan direbus hingga empuk
500ml rebusan stok ayam

Cara memasak
1. Masak beras bersama stok di dalam periuk. Kacau sesekali.
2. Apabila beras sudah menjadi bubur, tambahkan lobak merah dan daging ayam cincang. Renehkan sehinga masak.
3. Sejukkan dan hidang.

Bagi bayi yang berumur 6 – 8 bulan, resipi ini boleh dihidangkan selepas dilenyek. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, bubur tidak perlu dilenyek dan boleh dimakan terus.

Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) 66
Protein (g) 2.8
Lemak (g) 0.4
Zat Besi (mg) 0.2
Kalsium (mg) 22


Mi Ikan (Hidangan 2 orang)

Bahan-bahan
12g kepingan isi ikan – dihiris nipis
20g ikan bilis – ditumbuk halus
10g mi
3g bayam atau sayur berdaun (choy sum / sawi) – dipotong halus
500ml rebusan stok ayam
Cara memasak
1. Rebus mi di dalam periuk sehingga lembut. Tapis dan bilas dengan air sejuk.
2. Cincang mi halus-halus. Asingkan ke dalam mangkuk berasingan.
3. Masak bayam atau sayur berdaun yang telah dipotong di dalam stok sehinga lembut.
4. Tambahkan kepingan isi ikan dan mi ke dalam sup dan didihkan selama satu minit.
5. Sejukkan dan hidang.

Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) 21.0
Protein (g) 2.0
Lemak (g) 0.7
Zat Besi (mg) 0.2
Kalsium (mg) 19.0

Berita Selanjutnya...

Iklan Anda

Blog Archive

UNIT BAIT MUSLIM MANSURAH

BORANG BAIT MUSLIM (PDF)

Download Adobe Reader(PDF) disini